.: 내 소중한 :.

Wednesday, January 26, 2011

Patah tumbuh Hilang berganti

menangis jalan terbaik meluah perasaan
apa maksud tajuk post out ini???well, di sini sara just nak kongsi sedikit pengalaman yang pernah sara lalui dalam hidup sara...
setiap manusia yang hidup di dalam dunia ini pasti mempunyai perasaan kasih, sayang, benci dan macam2 lagikan..(kalau x merasai nya tandanya bukan manusia larh tuh...huhu~)
tapi mungkin juga ada yang menafikan dan juga menepis perasaan sayang yang ada...namun sejauh mana pun, sebagai umat Islam, kita tidak dapat menepisnya kerana kita pasti akan ber bukan~ [= Pasti kita akan dengan Allah swt dan Rasullullah ter...


kecewa -> sepi -> murung -> tindakan diluar kewarasan
Tapi di post kali ini, sara nak kupas tajuk tentang terhadap kita sesama manusia atau lebih spesifik lagi pada kekasih hati.Semuanya indah tatkala itu masih mekar di laman hati. Tapi, pernahkah kita tergambar akan kehidupan kita tanpa si dia dlm kehidupan kita yang selama ini penuh diisi bersama?? di saat kita kesepian kasih, segala lamunan terhambur, apa yang kita lakukan pasti akan membuatkan kita teringat akan si dia. dan di kala itulah air mata keluar mencurah2(kalah paip pili bomba) tanpa dapat kita seka lagi. kemanisan hidup bersama si dia di damba dan apa jua kita lakukan serba tidak kena. di saat itu, segala rutin harian kita terganggu dan hanya si dia yang bermain di ingatan. sara faham kepada teman2 yang mengalami kekecewaan yang kalian alami.. mungkin berbeza dari segala segi namun yang perasaan kecewa yang kita alami adalah sama...(maaf ayat berbelit2..sara pown xpasti kenapa..hehe)


tujuan utama sara di sini ialah ingin memberi pendapat berdasarkan pengalaman sara sendiri dalam menempuhi 'detik2 kekecewaan' yang boleh menyebabkan seribu satu macam penyakit(psikologi mahu pun fizikal).
jgn mudah memberi hati pd org~!
  1. pastikan yang diri kita tidak keseorangan dalam menempuh derita itu(terutama bagi mereka yang masih di usia remaja, kerana fasa remaja adalah suatu fasa yang 'kritikal' yakni dalam peringkat perubahan hormon dan sbg nya mengikut kajian saintifik)
  2. kalau rasa segan dan mahu menyimpan segala rasa kekecewaan tersebut, tapi kita still akan rasa seperti resah gelisah...ada cara lain seperti cuba cara melepaskan stress
  3. berkongsi masalah dengan orang yang boleh dipercayai adalah salah satu jalan yang terbaik
  4. cuba sentiasa tersenyum ceria dan ketawa bahagia meskipun dihati kita derita masih bersarang di dada..
  5. cuba membuat orang lain ketawa akan membuat kan diri kita juga akan turut terkena tempiasnya.
  6. jadikan pengalaman lepas sebagai iktibar dan contoh agar segala kesilapan yang lepas tidak akan berulang kembali..
  7. sentiasa mohon kepada yang maha Esa agar mendapat ketenangan kerana tanpa kita mendekatkan diri dengan Nya, kita tidak akan mendapat apa2 penyelesaian jauh sekali ketenangan yang diimpikan..
  8. si dia mungkin diciptakan bukan untuk kamu dan pastinya ada yang jauh lebih baik untuk kamu di luar sana~
    (^_^)v
  9. yakin dengan diri sendiri bahawa anda boleh hidup tanpa si dia (kerana anda tetap akan bernafas dan terus menjalani usia hingga ke nafas yang terakhir..)
  10. POSITIF terhadap semua perkara yang mampu membuatkan anda rasa 'DOWN' kembali..
setiap pertemuan ada perpisahan
AMARAN KERAS : JANGAN SESEKALI MELAKUKAN SEBARANG TINDAKAN YANG MAMPU MEMBERIKAN IMPAK KEPADA DIRI ANDA DAN JUGA ORANG DI SEKELILING ANDA..


ingatlah, masih RAMAI lagi yang MENYAYANGI diri anda dan pastinya KEBAHAGIAAN itu akan menjelang jua jika kita benar2 tabah dan sentiasa bermohon pada Nya..


wallahua'lam~ ♥♥♥(^_^)♥♥♥ salam ceria pada semua~~Allah dan Rasulullah~~

No comments:

Post a Comment

Copyright and Reserved Kasih Sirna