.: 내 소중한 :.

Tuesday, March 20, 2012

Tak sedar DIRI ouhh!!!

ouhh!!! tidak~ esok result SPM yang dinanti2kan akan keluar.... maka bermulalah perjalanan ku sebagai seorang pengembara bermusafir dan berkelana meniti hari2 tua ku [ meraban yee kao wirawati ]

hmmm.... apa lah yang jadi esok ouhh??? nanti selepas menunaikan fardhu Zohor yang masuk waktu sama waktu dengan waktu yang sama dengannya, aku nak pegi Taman Sri Andalas ouhh??? [kenapa??? =.= ] sebab nak pegi colek anak pakcik Zainudin yang sulung. [siapa tu?? =.=''] di lain sentri [ entri laa dowh! =.= ] aku citer kan pasal sayang ucuk aku yang sorang ni.

berbalik pada tajuk post yang nun diatas tu, [ alamak! cencurut berlari-lari ayam ke tepi reban! ] aku tak sedar yang bahawasanya kini diriku meningkat dewasa. [ perasan kecik laaa tu =.= ] kini, aku kena membuat setiap langkah ku dengan keputusan ku sendiri. jikalau dulu, segalanya pama yang uruskan. kini, aku perlu belajar berdikari dan menguruskan segala hal. [  humangaihh.. panasnye cuaca... cepat kering kain sidaian aku ]alhamdulillah, kemasukan ku ke KEMSIS yakni PLKN, ternyata tidak mensia-siakan. hal ini demikian kerana aku telah belajar sesuatu yang baru. yakni mengeluarkan duit di bank [ mak aihhh... anak manja gilerrr arh kao sara! =.='' ] kisah ini adalah kisah benar dan tanpa tokok tambah dari mana2 pihak pun. dan kini aku telah tahu selok belok tekan nombor pin di kad ATM.. yeah! \(^o^)/
aisyhhh... tiba2 aku rasa bagaikan mahu berkaraoke.... baiklah,...testing2... 1...2...3....1...3...4...1...3... eh! [ tu nombor indeks kao Hajar oiii~ ]okei2....back to the story... kemana hala tuju ku lepas ni??? adakah aku akan ke universiti??? atau ke PULAPOL??? atau menjadi PALAPES??? atau hanya menanam anggur di dalam peti ais milik mama??? fikir2kan lah... berdasarkan result yang sungguh mengancam jiwa raga ku esok, aku akan tekan kalkulator saintifik 650ms ku yang diguna pakai sewaktu SPM untuk menghitung kemana hala tuju ku kelak....

dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya melabuhkan tirai arena sentri kali ini [ sentri =,='' ]





keliru menunggu, debar ternanti,
Photobucket
menyirna kasih....

No comments:

Post a Comment

Copyright and Reserved Kasih Sirna